Thursday, March 7, 2013

Azhar dan Jejak Himmah


Syaikhuna Dr. Usamah Sayyid Azhari menyatakan bahawa sistem pendidikan Universiti di Al-Azhar mula wujud pada 1930an. Ketika itu ilmu makin terkunci dengan silibus. Sebelum itu, ketika universiti masih belum wujud, dan ketika Masjid Al-Azhar as-Syarif yang menjadi pusat dan kiblat sistem pengajian talaqi ilmu turath, Masjid Al-Azhar penuh dengan pengajian dari pagi hingga malam pada setiap hari. Para pelajar seluruh dunia datang menuntut ilmu di situ. Ada yang tinggal di dalam Masjid, di kamar-kamar yang disediakan dalam masjid di tingkat atas dan ada juga yang tinggal di sekitarnya.

Suasana ilmu pada zaman tersebut sungguh menyeronokkan dek himmah/semangat dan cinta ilmu masyarakat sangat tinggi. Oleh kerana terlalu tepesona dengan keindahan suasana ilmu begitu, kebanyakan mereka menuntut ilmu dan hidup di Masjid Al-Azhar selama 20 hingga 30 tahun lamanya. Zaman tersebut merupakan zaman kegemilangan sistem turath dan ilmu. Bahkan, banyak rombongan ke eropah dihantar Al-Azhar untuk bertukar ilmu dan thaqafah, agar dapat menggandingkan turath dan akademik moden dan menjadikan pemikiran azhari lebih luas. Tercatat juga di dalam sejarah berkenaan pembaharuan Imam Muhammad Abduh terhadap Al-Azhar dimana beliau memasukkan ilmu moden dan sains ke dalam kurikulum Al-Azhar. Ketika itu, ribuan ulama tersohor dunia lahir dari Masjid Al-Azhar As-Syarif.

Syaikh Usamah sendiri menyatakan separuh umurnya adalah di Masjid Al-Azhar, menuntut ilmu, menghafal, muzakarah dan membaca di situ.. namun malangnya di zaman ini, para pelajar lebih mengutamakan untuk mengejar sijil dan kerjaya dari ilmu dan penguasaannya. Mereka lebih suka ke Universiti dari ke Masjid Al-Azhar. Himmah makin jatuh. Belajar hanya 4-5 tahun. Tiada satu kitab pun pernah habis dah dapat sijil, dah rasa diri berilmu, sedangkan ilmu itu perlu kepada penguasaan(malakah) dan malakah itu perlu tempoh belajar yang sangat lama.


Oleh : Sayyaf Azzam
*Penulis adalah penggiat tallaqqi, Kuliyah Al-Azhar Universiti, Fakultas Dirasat. 

No comments:

Item Reviewed: Azhar dan Jejak Himmah Rating: 5 Reviewed By: kmamesir